Home SemasaGlobal 15 maut, 40 cedera kebakaran telaga minyak di Aceh

15 maut, 40 cedera kebakaran telaga minyak di Aceh

by Noor Sheila Amin

Banda Aceh, 26 April – Anggota bomba di Indonesia bergelut memadam kebakaran di sebuah telaga minyak di wilayah barat laut di Aceh yang kini mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan 40 lain, kata pihak berkuasa.

Api marak menyambar rumah dan pokok ketika anggota bomba berusaha memadam kawasan itu sambil diperhatikan penduduk kampung menerusi gambar dihantar di media sosial oleh jurucakap agensi pencegahan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

“Kami masih mengumpul data mengenai jumlah mangsa kerana api belum dipadamkan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Kebakaran meletus awal hari ini selepas telaga minyak pada kedalaman 250 meter melimpah dan penduduk berkumpul mengutip minyak terbabit, kata agensi.

Berpuluh mangsa dibawa ke hospital di ibu kota wilayah di sini, sejauh beberapa jam, kata agensi itu menambah, firma tempatan Pertamina menyediakan peralatan membantu memadam kebakaran.

Sekurang-kurangnya lapan jentera bomba dihantar untuk membantu memadam kebakaran. Ketua polis di kawasan itu berkata, telaga minyak itu mungkin digerudi secara haram dan kebakaran mungkin bermula apabila seseorang merokok.

“Kami mengesyaki ini adalah telaga digerudi penduduk kampung dan kami mengesyaki seseorang merokok di kawasan itu,” kata pegawai polis Wahyu Kuncoro. -Reuters

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!