Home Pertahanan dan Keselamatan Jakel Defence System bangunkan kilang pengeluaran produk tentera

Jakel Defence System bangunkan kilang pengeluaran produk tentera

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Apr – Jakel Defence Systems Sdn Bhd merancang untuk melabur antara RM4.0 juta sehingga RM6.0 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran produk-produk perlindungan balistik seperti perisai badan dan helmet di Malaysia tidak lama lagi.

Penyedia perkhidmatan untuk peralatan khusus itu akan bekerjasama dengan Revision Military dari Amerika Syarikat (AS), yang merupakan sebuah firma penyelesaian produk perlindungan tentera.

Pengarahnya, Saiful Izhar Senawi berkata syarikat tersebut dan rakan kongsinya sedang menunggu kelulusan daripada Institut Keadilan Negara bagi membangunkan sebuah kilang sama ada di Nilai, Negeri Sembilan atau Semenyih, Selangor.

Institut berkenaan merupakan sebuah agensi penyelidikan, pembangunan dan penilaian Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyediakan kemudahan-kemudahan di kilang itu yang akan memiliki kapasiti bagi pembekalan di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply