Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran masih lagi relevan dalam pembangunan negara – Presiden Persatuan Veteran TUDM

Veteran masih lagi relevan dalam pembangunan negara – Presiden Persatuan Veteran TUDM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 April – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Affandi Buang hadir ke Majlis Reunion Veteran TUDM yang diadakan di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Jeneral (B) Tan Sri Rodzali Daud berkata, Persatuan Veteran TUDM akan menjadi ‘one stop centre’ kepada pihak industri untuk mencari modal insan baharu.

Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) diharap dapat menjadi pusat rujukan sehenti bagi agensi yang ingin mendapatkan tenaga pakar dan tenaga kerja pelbagai kemahiran dalam kalangan pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Presiden PVTUDM, Jeneral (B) Tan Sri  Rodzali Daud berkata pesara TUDM memiliki pelbagai kemahiran dan pengalaman yang dapat memenuhi keperluan industri.

“Persatuan ini akan menyediakan pangkalan data yang mengandungi maklumat pesara yang ingin terus berkhidmat selepas tamat perkhidmatan.”

Turut hadir, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Setakat ini, persatuan veteran yang ditubuhkan kira-kira dua tahun lepas ini mempunyai keanggotaan sekitar 500 orang dan diharap keanggotaannya dapat ditingkatkan sehingga 1,500 orang,” katanya ketika menghadiri majlis pertemuan Veteran TUDM di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Affendi berkata PVTUDM juga akan bertindak sebagai koperasi bagi membantu anggotanya dalam pelbagai aspek termasuk dari segi kewangan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!