Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat tahan pendatang asing di sempadan Sarawak

Tentera Darat tahan pendatang asing di sempadan Sarawak

by Nurulhuda

LUBOK ANTU, 18 Apr – Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) hari ini telah menahan seramai 3 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.

Ketiga-tiga suspek berumur 17, 38, dan 48 tahun telah ditahan di lorong tikus Kampung Engsawang. Kesemua saspek dari negara jiran telah ditahan ketika menaiki sebuah motorsikal dalam Ops Serkap yang dilaksanakan oleh pihak tentera pada pagi tadi. Pemeriksaan mendapati ketiga-tiga saspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Sebuah motorsikal Honda Verza yang bernombor pendaftaran Indonesia turut dirampas. Ketiga-tiga saspek dan kenderaan mereka telah diserahkan kepada pihak polis Lubok Antu pada hari yang sama.

 

Related Articles

Leave a Reply