Home Pertahanan dan Keselamatan DSA, NATSEC Asia dianjurkan serentak pada 2020 – Hishammuddin

DSA, NATSEC Asia dianjurkan serentak pada 2020 – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini mengumumkan tarikh pameran DSA dan NATSEC Asia 2020.

“DSA 2018 merupakan edisi terbaik dalam sejarah penganjurannya,” kata Hishammuddin.

“Pameran NATSEC Asia 2018 yang buat pertama kalinya diadakan pada tahun ini telah mengangkat nama DSA,” ujarnya di majlis pengumuman di sini hari ini.

Tahun ini merupakan tahun ke-30 penganjuran DSA sejak tahun 1988.

Kali ini, pameran NATSEC Asia 2018 diadakan buat kali pertamanya dan dianjurkan secara serentak dengan DSA 2018.

Hishamuddin mengumumkan tarikh DSA dan NATSEC Asia 2020 akan dianjurkan pada 20 sehingga 23 April 2020

DSA 2018 dan NATSEC Asia 2018 pada tahun ini menerima kehadiran seramai 350 wakil kerajaan dan delegasi antarabangsa.

“Pameran DSA 2018 dan NATSEC Asia 2018 merupakan satu-satunya pameran yang melibatkan kerjasama dua kementerian berbeza di dunia,” ujar Hishammuddin.

Penganjuran DSA 2018 dan NATSEC Asia 2018 adalah hasil kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Selain melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pameran ini turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Majlis Keselamatan Negara, dan lain-lain.

“DSA 2018 telah meletakkan aras pencapaian tertinggi untuk siri pameran ini dalam sejarahnya,” ujar Hishammuddin.

DSA dan NATSEC Asia 2020 akan dianjurkan pada 20 sehingga 23 April 2020.

Related Articles

Leave a Reply