Home Pertahanan dan Keselamatan Putrajaya Forum:tarik minat peserta dari 45 buah negara

Putrajaya Forum:tarik minat peserta dari 45 buah negara

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 16 Apr – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Putrajaya Forum di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur dengan membawa tema pada tahun ini “Recalibrating Regional Security Architecture”.

Putrajaya Forum merupakan sebuah wacana antarabangsa yang dianjurkan pada setiap dua tahun oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS).

Forum ini telah menarik seramai lebih 1000 peserta dari 45 buah Negara, iaitu ASEAN, rakan-rakan dialong ASEAN dan negara-negara yang dijemput. Forum ini melibatkan Menteri-Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Panglima-Panglima Angkatan Tentera.

Disamping itu, ia juga turut dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan termasuk pegawai-pegawai diplomatik, pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi Pertahanan dan Keselamatan, agensi-agensi penguatkuasaan, rakan-rakan industri pertahanan, ahli akademik dan penyelidik dari Institut Penyelidikan serta universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Forum kali ini terbahagi kepada 4 sesi utama. Seramai 14 penceramah akan membentangkan kertas kerja mereka. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan adalah “Regional Security Crescendos and Its Implication on Stability”; “South East Asia: The New Frontier of Terro’; “Coherent Regional Cyber Security Approach Towards a Resilient ASEAN Regime” and “Smart Power: Hybird Approach Towards Multidimensional Security”.

Related Articles

Leave a Reply