Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat terus melindungi sempadan Sarawak/Kalimantan Barat

Tentera Darat terus melindungi sempadan Sarawak/Kalimantan Barat

by M.Daim

SERIKIN, 13 Apr  – Usaha berterusan Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) yang diketuai oleh Leftenan  Kolonel Ismahizan bin Ishak, dalam mengawal sempadan Sarawak/Kalimantan Barat (Kalbar) telah menghasilkan kejayaan di Serikin.

Saspek telah ditahan dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Pasukan ini telah berjaya menahan seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bersama 3 buah motosikal yang disyaki dicuri melalui lorong tikus di Serikin pada petang semalam.

Saspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya oleh pihak PDRM. Anggaran nilai barang rampasan keseluruhanya berjumlah RM 26 ribu.

Related Articles

Leave a Reply