SERIKIN, 1 Apr – Formasi 3 Briged telah melaksanakan tinjauan bersama warga Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) di pintu masuk sempadan Serikin/Jagoi Babang pada 30 Mac lalu.

Tinjauan bersama ini merapatkan hubungan TDM dengan TNI-AD. Foto: Markas 3 Briged
Tinjauan tersebut dilaksanakan dengan bantuan pasukan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Salmi bin Istikh Ahmad. Tinjauan yang dilaksanakan berlaku pada sekitar 3 petang sehingga 7 petang.

Pemeriksaan bersama ini adalah mencegah penyeludupan barang terkawal dari kedua-dua negara di pintu sempadan Malaysia-Indonesia. Foto: Markas 3 Briged
Tinjauan yang diketuai oleh Brigadier Jeneral Mohd Bustaman bin Hj Mat Zin, Panglima 3 Briged dan Brigadier Jeneral TNI Bambang Ismawan, Dankolakopsrem 121/ABW. Tinjauan bersama ini melibatkan aktiviti sekatan jalan raya di pintu masuk sempadan Malaysia/Indonesia.

Pemeriksaan dilakukan secara bersama oleh anggota Tentera Darat Malaysia dan anggota TNI-AD. Foto: Markas 3 Briged
Disamping mengeratkan hubungan persaudaraan antara TDM dan TNI-AD, aktiviti yang dilaksanakan juga bertujuan unuk mengawal barang-barang terkawal dari bebas memasuki Malaysia ataupun Indonesia. Walaubagaimanapun, tiada salah laku atau aktiviti jenayah yang berlaku di sempadan Serikin/Jagoi Babang pada waktu pengoperasian tersebut.
Turut hadir semasa tinjauan tersebut adalah wakil daripada PDRM dari IPD Bau dan Pihak Kastam Indonesia.