Home PolitikBarisan Nasional Sama macam Lim Kit Siang, suka tukar kawasan:Liow Tiong Lai

Sama macam Lim Kit Siang, suka tukar kawasan:Liow Tiong Lai

by Nurulhuda

Pasir Gudang, 19 Mac – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, percaturan pembangkang khususnya DAP yang meletakkan nama besar untuk kerusi mereka di Johor termasuklah Parlimen Ayer Hitam tidak menjejaskan MCA. Menurut beliau, MCA percaya rakyat negeri ini khususnya komuniti Cina akan bersama dan terus memberikan sokongan terhadap mereka.

“Kami tidak terjejas malah kami kekal fokus dengan kerja yang dilakukan.

“Apa mereka nak cakap biarlah kerana kami percaya rakyat akan memberikan sokongan dan kekal bersama kami terutama di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sim Mow Yu di Meridian East Sales Gallery, di sini, semalam. Tiong Lai berkata, percaturan DAP hanya menggunakan emosi rakyat dan memutarbelitkan fakta kerana tiada sebarang pencapaian serta perkhidmatan yang telah dilakukan oleh parti berkenaan.

“Anda tanya Liew Chin Tong, rakyat di Kluang dan penduduk di negeri Johor. Beliau tak buat kerja pun sebaliknya keluar kenyataan sahaja.

“Menang kawasan tapi tak kerja. Sampai masa PRU nanti lompat ke kerusi lain. Sama macam Lim Kit Siang. Sama juga suka lompat dan tukar kawasan. Inilah taktik politik DAP,” katanya.

Beliau berkata, wakil rakyat DAP juga tidak akan berkhidmat lama dalam satu-satu kawasan kerana mereka tahu rakyat akan menghukum apabila tiba PRU kelak.

“Mereka tidak akan berkhidmat lama dalam satu kawasan dan tidak boleh pergi hingga penggal kedua kerana tembelang mereka pecah.

“Bila rahsia pecah dan sampai PRU, rakyat akan buang mereka kerana langsung tidak berkhidmat dan terpaksa lari ke kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata, DAP hanya mahu menyingkirkan MCA dengan menggunakan pelbagai slogan agar dapat mempengaruhi emosi rakyat.

“Kita berkhidmat, kita berikan kepimpinan dan pembangunan yang berterusan di negeri Johor serta kawasan-kawasan lain yang kita menang.

“Tapi DAP tidak berkhidmat dan mereka tidak buat kerja tapi bila sampai PRU mereka nak singkirkan MCA,” katanya.

Menurutnya, tidak kira sama ada ketika MCA kuat atau lemah, pemimpin parti itu terus bersama rakyat khususnya komuniti Cina.

Related Articles

Leave a Reply