Lahad Datu, 17 Mac – Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali menyatakan seramai 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi bersepadu yang diselaraskan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) semalam.
Menurut beliau, operasi tersebut bermula pada pukul 10.30 malam di rumah kongsi pekerja di kawasan Tingkayu Kunak, kira-kira 50 minit perjalanan dari pekan Kunak. Semakan dokumen telah dibuat terhadap 46 pekerja, dan daripada jumlah itu, 25 orang ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Seorang daripada 25 Pati itu adalah warga Filipina manakala selebihnya warga Indonesia berumur antara 16 hingga 60 tahun, katanya.
Hazani berkata operasi melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Lahad Datu serta Tawau berakhir pukul 5 pagi.