Home Pertahanan dan Keselamatan KD Lekiu selesai jalani latihan

KD Lekiu selesai jalani latihan

by M.Daim

Lumut, 15 Mac – Latihan bersama multilateral, Eksesais Milan 2018 telah pun berakhir di Port Blair, India. Latihan bersama tersebut bermula pada 6 Mac dan berakhir pada 13 Mac. TLDM turut menyertai latihan ini dengan penyertaan KD Lekiu.

Perkataan MILAN dalam bahasa Hindi bermaksud perjumpaan atau pengumpulan orang ramai.

Latihan bersama ini turut disertai oleh Australia, Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka, Singapura, Thailand dan Myanmar. Latihan kali ini mengekalkan tema sebelumnya iaitu Persahabatan Merentas Lautan (Friendship Across the Seas).

Eksesais Milan 2018 merupakan siri latihan ke-10 semenjak penganjuran pertamanya oleh Tentera Laut India semenjak 1995.

Eksesais ini merangkumi 2 fasa utama iaitu Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut.

Latihan bersama Eksesais Milan 2018 telah menghimpunkan kira-kira 9 angkatan laut serantau termasuk Tentera Laut India dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Gambar: TLDM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

i. Fasa Pelabuhan

Berkongsi pengalaman – Latihan sebegini menjadi platform kepada anggota-anggota tentera laut yang hadir untuk bertukar-tukar pengalaman dan mempelajari ilmu baharu. Gambar: TLDM

Fasa ini bermula pada 6 Mac yang merangkumi ketibaan kapal-kapal delegasi dan seterusnya program Seminar Maritim Antarabangsa, Perarakan Bandar Antarabangsa di Marina Drive, Demontrasi Iktiar Hidup Tentera Darat India dan Persembahan Kebudayaan dan Festival Makanan di Purple Fusion.

Warga KD LEKIU telah mempamerkan pakaian kebangsaan ketika perarakan dilangsungkan malah turut mempromosikan nasi lemak bungkus ketika Festival Makanan dilangsungkan.

ii. Fasa Laut

Fasa kedua pula bermula pada 11 Mac 18 merangkumi pelaksanaan Latihan Medan (Field Training Exercise – FTX) yang dimulakan dengan Photo Exercise (PHOTEX) dari semua kapal yang terlibat sebelum kapal dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut penugasan.

Penugasan yang diberikan adalah Search and Rescue (SAR), Casualty Evacuation (CASEVAC)/Medical Evacaution (MEDEVAC), Visit, Board, Secure and Seizure (VBSS) dan Anti-Infiltration.

Melalui eksesais sebegini, TLDM secara tidak langsung dapat menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara yang terlibat disamping menguji tahap kesiagaan kapal dengan melaksanakan pelayaran yang jauh ke kawasan eksesais.  Ini sejajar dengan perlaksanaan Teras Diplomasi Pertahanan yang telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Gagah di Samudera. KD Lekiu hadir ke latihan Eks Milan 2018 di Port Blair, India. Gambar: TLDM

Penyertaan terakhir TLDM dalam Ek Milan adalah pada tahun 2014 iaitu melalui penglibatan KD KELANTAN.

Sepanjang penugasan, anak-anak kapal KD Lekiu telah menimba pengalaman yang baru terutama pembabitan kapal serta interaksi yang melibatkan warga negara asing dan perkongsian maklumat semasa seminar maritim dan pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Kesimpulannya hubungan diplomasi merentas sempadan dalam Eksesais Milan 2018 di Port Blair, India ini mencapai objektif dan sasaran yang dikehendaki.

Walaupun ianya latihan ketenteraan bersama, Eks Milan menjadi platform kepada TLDM untuk mempromosi budaya Malaysia kepada negara luar dan pada masa yang sama memperkuatkan lagi usaha untuk mencapai objektif Teras Diplomasi Pertahanan. Gambar: TLDM

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!