Home Pertahanan dan Keselamatan ATM tahan PATI dari Myanmar

ATM tahan PATI dari Myanmar

by Noor Sheila Amin

Bukit Kayu Hitam, 13 Mac – Panglima 6 Briged Brigedier Jeneral, Abdul Aziz Ismail memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) menerusi Pasukan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) telah berjaya menahan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berhampiran Pos 5, Bukit Kayu Hitam dekat Kubang Pasu semalam.

Beliau berkata PATI berusia 21 hingga 33 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang ketika mereka cuba menyusup masuk ke negara ini melalui pintu sempadan.

“Ketika rondaan dilakukan, sekumpulan lelaki dilihat sedang menunggu kenderaan berhampiran persimpangan jalan Kampung Bukit Kayu Hitam untuk menyusup masuk ke Malaysia sebelum anggota itu menahan mereka.

“Pemeriksaan yang dibuat mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan untuk memasuki negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata empat beg galas mengandungi pakaian, dua telefon bimbit berserta wang tunai RM70 dan wang tunai Thailand sebanyak 520 Baht turut dirampas daripada mereka.

Beliau berkata kesemua PATI itu dibawa ke Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PPAT) 5 Rejimen Sempadan untuk pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply