Home SemasaGlobal US Navy: Panjangkan jangka hayat F/A-18

US Navy: Panjangkan jangka hayat F/A-18

by M.Daim

New York, 2 Mac – Pihak US Navy telah melancarkan program memanjangkan jangka hayat perkhidmatan (Service Life Extension Programme) untuk F/A-18 E/F Super Hornet.

Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memaklumkan pihak US Navy telah menganugerahkan kontrak bernilai USD$ 73.2 juta kepada Boeing bagi memanjangkan jangka hayat 4 buah F/A-18 E/F.

Perlaksanaan program tersebut adalah bagi memanjangkan jangka hayat jet-jet pejuang yang diterima pada lewat 1990-an yang telah mencapai atau menghampiri had jangka hayat perkhidmatan.

Punca program SLEP untuk F/A-18 E/F dilancarkan adalah kerana tempo operasi jet-jet pejuang tersebut yang dilalui untuk tempoh dua dekad lalu. Tempo perkhidmatan yang rancak dikatakan berpunca daripada penggunaan F/A-18 secara berterusan selepas kelewatan F-35C Lightning-II JSF kepada US Navy.

Related Articles

Leave a Reply