Home Pertahanan dan Keselamatan “Kita alu-alukan pandangan dan penambahbaikan” – JLKN

“Kita alu-alukan pandangan dan penambahbaikan” – JLKN

by M.Daim

Kuala Lumpur, 21 FEB – Satu sidang media telah diadakan oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi menegaskan bahawa Program PLKN bukan kem percutian dan bukan seperti didakwa oleh PATRIOT. Dakwaan oleh PATRIOT yang menyatakan program PLKN umpama kem percutian telah dimuatkan di beberapa halaman portal beberapa hari lalu.

“Hasil daripada Makmal Transformasi PLKN selama lima minggu pada 2015, konsep baharu dalam pelaksanaan PLKN telah diperkenalkan yang melibatkan fasa Program Pembelajaran Bersepadu selama lapan minggu dan fasa Program Latihan Kemahiran di institut latihan kemahiran terpilih selama tiga hingga 36 bulan.

“Walaupun terdapat penambahan, fokus PLKN untuk melahirkan belia dengan semangat cinta negara yang tinggi tetap diteruskan melalui modul kenegaraan dan latihan disiplin yang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Zetro di sini hari ini.

Turut hadir ke sidang media ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JLKN, Kolonel Norsham Md. Tap, Pengerusi Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), Mohamad Nazrin Faiz Che Abd. Aziz dan Duta BSKN, Cecilia Raj.

Ketika sesi soal jawab bersama media, Datuk Mohmed Asri Yusof berkata,”Kalau PATRIOT merasakan ada ruang untuk kita tambah baik, jadi kita alu-alukan, sekiranya ada pandangan sama ada dalam konteks isi kandungan modul dan konteks pengajar.”

“Pihak JLKN adalah satu institusi yang sangat terbuka. Sesiapa sahaja yang datang ke JLKN, boleh berbincang. Yang penting adalah untuk meneruskan hala tuju kita untuk membentuk modal insan anak-anak kita,” Nazrin Faiz, Pengerusi Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).

“Hampir setiap masa pelatih akan sentiasa bersama dengan jurulatih dan setiap masa akan ada pengisian modul.”

“Kalaulah PLKN adalah kem percutian, sudah tentu tidak akan lahir seorang pelatih yang berprofesion. Program PLKN inilah yang membentuk kami.”

Tambah beliau, Transformasi PLKN 2.0 adalah penambahbaikan dari segi modal insan dan bermatlamat untuk mengurangkan pengangguran. Sekiranya PLKN adalah bersifat kem percutian semata-mata, 880,000 bekas pelatih yang masih lagi meneruskan khidmat bakti kepada negara melalui kerja-kerja sukarelawan.

Duta BSKN, Cecilia Raj, menyatakan PLKN telah membawa perkembangan positif terutamanya dari segi perpaduan. Menurut beliau, semasa menjadi pelatih PLKN, beliau dapat mengenali dengan lebih rapat dan memahami budaya kaum-kaum lain di Malaysia melalui pergaulan dengan pelatih lain.

Beliau menambah, PLKN telah meningkatkan pemahaman beliau tentang budaya masyarakat yang pelbagai dalam negara. Malah, PLKN telah mempertingkatkan semangat patriotisem pada dirinya serta pelatih lain.

Menyentuh aspek ketenteraan dan patriotisme, Datuk Mohmed Asri Yusof  menyatakan, walaupun transformasi telah dibuat selepas 10 tahun perlaksanaan pertama PLKN, aspek patriotisme bukan sahaja dikekalkan tetapi turut diperkukuhkan lagi dengan penerapan nilai perpaduan dan semangat sukarela.

Beliau turut mendedahkan bahawa komandan-komandan kem PLKN adalah terdiri daripada anggota tentera yang masih berkhidmat. Latihan-latihan bercorak berteraskan disiplin tetap diteruskan di setiap kem. PLKN turut memberikan pendedahan pelatih dengan sebahagian pengalaman dalam latihan ala tentera.

Pendedahan seperti latihan kawad, kekemasan pemakaian uniform dan disiplin kehidupan adalah antara aspek ala tentera yang diterapkan dalam PLKN.

Ditanya sama ada PLKN perlu dimantapkan lagi dengan latihan setanding dengan tentera, Cecilia Raj menyatakan, PLKN merupakan platform yang baik bagi pelatih untuk mendapat pendedahan awal mengenai ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan juga Askar Wataniah. Pada pendapat beliau, PLKN adalah lebih bermatlamat untuk membentuk sahsiah seseorang pelatih untuk lebih bersedia untuk masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply