Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Majoriti mahu PAS, BN bekerjasama: Prof Dr. Mohd Fuad

Majoriti mahu PAS, BN bekerjasama: Prof Dr. Mohd Fuad

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 22 Feb.-Kajian menunjukkan lebih 50 peratus orang Melayu di negara ini mahu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) diwujudkan. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, mereka melihat kerjasama tersebut penting kepada pembangunan yang berteraskan agama dan bangsa.

Selain itu, katanya, perjuangan Pakatan Harapan yang diketuai DAP  dilihat sebagai liberal menyebabkan undi daripada golongan muda Melayu berjiwa agama  lebih menyokong kepada kerjasama tersebut.

“Sejak dulu lagi hasrat akar umbi Pas juga mahukan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan yang diketuai DAP.Jadi kerjasama itu tidak mustahil berlaku termasuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14), “ katanya dalam Diskusi Meja Bulat Pra PRU 14 anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!