Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM Lancar Karnival Sukan 1 Keluarga

TUDM Lancar Karnival Sukan 1 Keluarga

by Air Times News Network

SUBANG, 13 Sep – Majlis Pelancaran Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) telah disempurnakan dengan penuh kemeriahan di Pangkalan Udara Subang  secara bersama oleh  Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Aktiviti yang julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Jemaah Tertinggi Bakat Udara (JTBU) dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sukan TUDM.

Panglima Tentera Udara dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara bersama semua yang terlibat tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama. FOTO-TUDM

Karnival Mampu Pupuk Semangat Kerjasama

Perlaksanaan karnival ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama serta toleransi di kalangan warga TUDM selain meningkatkan ilmu pengetahuan dan profesionalisme bagi menghadapi cabaran/rintangan agar ahli BAKAT Udara (para isteri) sentiasa teguh dibelakang anggota tentera (para suami).

Ianya akan menjadi pemangkin kepada ahli BAKAT Udara untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang dari segi kepimpinan dan keusahawanan.

Acara yang akan dipertandingkan di dalam KS1K ini lebih menitik berat acara kekeluargaan yang merangkumi sukaneka bagi kanak-kanak, sukan rakyat bagi keluarga dan futsal bagi belia/beliawanis.

Sukan khas yang turut dipertandingkan adalah sukan badminton, boling padang dan petanque.

Karnival sukan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut pecahan zon bermula di Zon Malaysia Timur-Pangkalan Udara Labuan(Home Base), Zon Pantai Timur-Pangkalan Udara Kuantan (Home Base), Zon Tengah-Rejimen TUDM (Home Base) dan Zon Utara- Kolej Tentera Udara (Home Base) manakala penganjuran KS1K peringkat akhir akan diadakan di Pangkalan Udara Subang (Home Base).

Dalam majlis ini juga, turut berlangsung perasmian lagu karnival yang telah dicipta khas oleh anggota Pancaragam Pusat TUDM.

  • TUDM

Related Articles

Leave a Reply