KUALA LUMPUR, 22 JAN – Calon Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak telah dipersembahkan dan akan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama calon yang dikemukakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah dipersembahkan kepada Agong pada minggu lalu.
“Proses pelantikan TYT seperti kita tahu dalam budi bicara Yang di-Pertuan Agong,
“(Nama) dikemukakan oleh Premier Sarawak, saya kemukakan calon itu pada minggu lalu dan diperkenankan,
“Akan diumumkan mungkin dalam satu dua hari ini,” katanya kepada media selepas merasmikan bertemakan ‘The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia’di Universiti Malaya (UM), hari ini.
Pun begitu, Anwar tidak menyatakan nama calon yang telah dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong. Tambahan pula, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatan sebagai Speaker Dewan Negara beberapa hari lalu.
Perdana Menteri menyatakan Kerajaan Perpaduan akan bermesyuarat pada malam ini bagi membincangkan calon Speaker Dewan Negara Baharu.
“Kita bincang supaya dapat disegerakan pelantikannya,” katanya.
TYT Sarawak pada ketika ini diterajui oleh Tun Abdul Taib Mahmud semenjak 1 Mac 2014. Pada ketika itu, beliau menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Perkhidmatan Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Sarawak akan tamat pada 28 Februari ini.
Beliau pernah menerajui Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Sarawak #Semasa