KUALA LUMPUR, 28 Feb – Buat julang kalinya, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar 2 pegawai wanita sebagai Pegawai Pemerhati Tentera Malaysia di bawah panji-panji United Nations (UN).
TLDM dalan hantaran di media sosialnya berkata, 2 pegawai tersebut adalah Komander Ayuwati Suraya Abu Bakar TLDM dan Leftenan Komander Syanur Widayu Mohamad Shah TLDM.
“Mereka berdua telah berlepas untuk misi United Nations Mission for the Referendum in Western Sahara (MINURSO), Sahara Barat, Afrika selama setahun,” katanya. – airtimes.my