Perkembangan itu kembali memberi harapan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan semula kerusi itu, dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mahu momentum itu terus dipertingkatkan.

Ahmad Razif berkata, isyarat itu perlu dijadikan pendorong buat jentera MCA yang diketuai Toh Seng Cheng untuk bekerja lebih keras dalam menghadapi PRU-14 tidak lama lagi.

Beliau seterusnya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai kemampuan perkhidmatan Seng Cheng jawatan sebagai Pegawai Penyelaras DUN yang bakal mewakili BN.

“Saya nampak ada perubahan mood dalam kalangan pengundi, kita juga telah mengetengahkan Seng Cheng yang dilantik sebagai Pegawai Penyelaras dan berfungsi sebagai wakil rakyat.

“Beliau sudah diberi peruntukan untuk membuat kerja dan rakyat boleh menilai perkhidmatan yang diberikan berbanding wakil rakyat sekarang,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Bandar, di sini hari ini.

Dalam PRU-13, calon PKR, Azan Ismail menewaskan calon BN, Datuk Toh Chin Yaw dengan majoriti 2,149.