PORT DICKSON, 25 Ogos – Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dilantik sebagai Panglima Latihan Tentera Darat (PLTD) yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi.
Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat dalam hantaran di media sosialnya berkata, Mejar Jenaral Datuk Nazari akan mulai bercuti dan bersara wajib pada 14 Mac 2023.
Upacara serah terima tugas dan tongkat kuasa PLTD di antara Nazari dan Tengku Muhammad Fauzi telah disaksikan oleh Pemangku Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahmad di Padang Kawad Kem Segenting, semalam.
Selepas itu diadakan perbarisan penghargaan kepada Nazari yang melibatkan seramai 27 pegawai dan 480 anggota diketuai Ketua Divisyen Kadet, Akademi Tentera Darat, Leftenan Kolonel Mohamad Fadzly Mohd Yassin
Sebelum ini, Tengku Muhammad Fauzi menjawat jawatan sebagai Panglima 3 Divisyen selama 3 tahun bermula pada 25 Julai 2019. – airtimes.my