Memetik laporan Kosmo Online, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Siti Nurfaizah Mohd. Yusof, 35, dengan menumbuk muka, leher dan kepala mangsa.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah rumah di Taman Sari, Sungai Udang pada 21 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2, 000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan sebanyak RM8, 000 manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan perlu menanggung keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.