SUBANG, 19 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, melaksanakan misi penghantaran barangan bantuan kemanusiaan hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia Society (MCMS) untuk penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19, di Tawau, Sabah.
TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, penghantaran seberat 3.3 tan bekalan makanan ini akan diedarkan kepada 1,000 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf serta golongan yang dihimpit masalah kekurangan sumber pendapatan.
“Penerbangan ‘logistic communication’ ini membawa bekalan makanan serta sukarelawan MCMS dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat A400M dari No. 22 Skuadron,” katanya.
Menurut kenyataan itu, usaha dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh TUDM ini dapat membantu mengagihkan sumbangan dengan segera kepada mereka yang memerlukan. – airtimes.my
Gambar galeri:




