KUALA LUMPUR, 3 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara, hari ini.
Menerusi laman sosial Istana Negara, pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil ini, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Manakala, Hakim Mahkamah Rayuan pula kepada Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim – airtimes.my