Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang turut menyaksikan Timbalan Presiden, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden.

Yusoff berkata FAM setuju menerima peletakkan jawatan tersebut selepas TMJ memberi penjelasan kepada barisan exco ketika mereka berada di Johor baru-baru ini.

“Kami berasa amat berat hati untuk menerima peletakkan TMJ namun sudah menjelaskan keadaan sebenar. Saya juga ingin berterima kasih kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal yang mencalonkan saya sebagai pemangku presiden.

“Untuk jawatan Presiden FAM, kami barisan exco telah bersetuju untuk memilih Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sebagai presiden yang baharu pada Kongres FAM ke-54, 14 Julai ini,” katanya selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM sebentar tadi.