KUALA LUMPUR, 26 Mei – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini berpeluang merasai sendiri kehebatan pesawat pengangkut Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila beliau dibawa menaiki pesawat tersebut ke Butterworth, Pulau Pinang.
Mohamed Sabu, yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’, dibawa ke Butterworth bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga TUDM di pangkalan udara di sana.
Sewaktu penerbangan, beliau turut dibawa melawat ke kokpit sambil diberikan penerangan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.