TANJUNG LABOH, 4 Jul – Seramai 15 pegawai dan 201 anggota Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD (PARA)) telah terlibat dalam Eksesais HARIMAU STRIKE Siri 1/2023 pada 8 hingga 27 Jun lalu.
Eksesais yang dilaksanakan di sekitar Kem Terendak dan di kawasan am Simpang Renggam – Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor ini adalah untuk menguji dan menilai semua peringkat termasuk fungsi Markas Batalion sebagai staf perancang serta kompeni sebagai pelaksana.
Menurut pihak 10 Briged Para (10 Bgd Para), eksesais ini telah dirangka secara terperinci menggabungkan fasa perancangan, persiapan dan pelaksanaan.
“Eksesais ini adalah berkonsepkan 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘧𝘪𝘤 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 yang telah dirangka secara terperinci secara fasa yang bertujuan untuk menguji semua peringkat termasuk fungsi Markas Batalion sebagai staf perancang dan kompeni sebagai pelaksana,
“Penerapan latihan berorientasikan 𝘖𝘯𝘦 𝘚𝘵𝘦𝘱 𝘏𝘪𝘨𝘩𝘦𝘳 terarah kepada Kompeni Tempur,” jelas pihak Markas 10 Bgd Para.
Jelas Markas 10 Bgd Para, eksesais ini telah dilaksanakan dalam 4 fasa utama iaitu Fasa Persiapan; Fasa Pre Deployment Training (PDT)/ Battle Procedure; Fasa Pelaksanaan/ Field Training Exercise (FTX) dan After Action Review (AAR) yang menekankan peranan serta aturgerak elemen Rapid Deployment Force (RDF) – Specific Operation – Raid.
Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd Farid Abd Hamid turut terlibat dalam serangan akhir iaitu 𝘙𝘢𝘪𝘥 yang dilaksanakan oleh Kompeni Pelaksana terhadap kawasan objektif musuh.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan tujuan pelaksanaan setiap fasa dalam eksesais ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan memperkasakan ketangkasan barisan pegawai dan anggota staf Markas Batalion dalam merangka dan merancang eksesais, serta Kompeni Tempur yang melaksanakan FTX.
“Eksesais ini adalah selari dengan Direktif Latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menjuruskan kepada pengekalan kompetensi setiap 𝘗𝘢𝘳𝘢𝘵𝘳𝘰𝘰𝘱𝘦𝘳 dalam 𝘤𝘰𝘳𝘦 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘦𝘵𝘦𝘯𝘤𝘺 iaitu berlatih untuk berperang,
“Pelaksanaan eksesais ini juga bertepatan dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Peningkatan Kesiagaan serta Gagasan SINERGI Pegawai Memerintah Ke-29 iaitu Sentiasa Siaga dan Intensitas Latihan Tinggi,” ujarnya lagi. -airtimes.my
Galeri gambar: