Home Pertahanan dan KeselamatanMINDEF beli dua radar GM400α: Tingkat pemantauan udara negara

MINDEF beli dua radar GM400α: Tingkat pemantauan udara negara

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Malaysia terus memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara menerusi pembelian dua unit radar pemantauan udara jarak jauh GM400α daripada syarikat pertahanan multinasional Perancis, Thales.

Majlis penyerahan Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance, LOA) oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) kepada Thales berlangsung selepas pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Perancis, TYT François Bayrou, pada Jumaat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, radar canggih ini akan digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai sebahagian daripada langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan pemantauan dan pertahanan ruang udara negara.

“Thales merupakan syarikat aeroangkasa dan pertahanan multinasional Perancis,

“Surat Setuju Terima tersebut adalah berkenaan pembelian dua ‘GM400α long-range air surveillance radars’ yang akan meningkatkan keupayaan pemantauan dan pertahanan udara TUDM,” jelas Mohamed Khaled menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Thales dibuat selepas selepas pertemuan bilateral antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Perancis, TYT François Bayrou, pada Jumaat.

Pada Disember 2023, Malaysia telah menterai LOA bersama Syarikat Thales Group (Thales) dalam membina keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan dan melindungi kepentingan negara.

Perjanjian tersebut dimeterai semasa pertemuan Menteri Angkatan Tentera Perancis, Sébastian Lecornu dan Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Mohamad Hassan merangkumi pembekalan infrastruktur penuh.

Radar baharu ini dilaporkan mempunyai keupayaan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI). 

Menurut Thales, radar ini dilengkapi dengan algoritma AI berkeupayaan tinggi bagi menjadikan ia sebagai satu aset strategik yang ampuh.

“Radar ini mempunyai kemampuan pemprosesan 5 kali ganda serta jarak pengesanan yang lebih jauh berbanding model yang terdahulu dan teknologi AI yang lebih canggih, ia mampu untuk memberikan pengawasan udara yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, perolehan dibuat oleh Malaysia selepas kejayaan ujian radar GM400α bagi mempertingkatkan keupayaan pengawasan dan pertahanan udara.

GM400α merupakan model terbaharu untuk siri GM400 dan kali pertama diperkenalkan pada tahun 2021.

Tambah Thales, GM400α akan menambah tahap pengawasan udara dan keupayaan pertahanan udara TUDM.-airtimes.my

#pertahanan #Malaysia #Thales #airtimes #aset

Related Articles

Leave a Reply