Kuala Lumpur, 24 Okt- DBKL menyelenggara 15 kolam takungan banjir terbuka dan sembilan kolam takungan banjir tertutup bawah tanah dalam usaha jangka sederhana berhadapan banjir kilat di Kuala Lumpur.
“Semua kolam takungan banjir telah dilakukan pengorekan kelodak atau dissultation, atau mengikut keperluan semasa dan jadual berkala,” ujar Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa.
Justeru, menaiktaraf bukaan sesalur longkang-longkang tepi jalan untuk mengurangkan implikasi banjir kilat.
Setiap kelulusan adalah terancang dan perlu mematuhi reka bentuk mengikut manual saliran mesra alam (MASMA) edisi kedua.
Di samping, kawasan hakisan dan kelodak ESCP bagi mengawal aliran air semasa kerja tanah untuk memastikan kesan banjir diminimumkan.
Susulan, pelaksanaan MASMA edisi kedua diwajibkan ke atas semua pemaju serta sistem saliran mampan seperti bio echord dalam setiap projek pembangunan
Hal ini, termasuk penerapan reka bentuk bandar sensitif air seperti biosuel seperti taman hujan dan juga tanah lembab.
“Tindakan intevensi kompleks dan berteknologi tinggi ini mampu menyelesaikan masalah banjir kilat yg sering berlaku di Kuala Lumpur,” tambahnya.
Dalam pada itu, pembangunan Kuala Lumpur telah mengintegrasikan elemen klimaks Change Adaptation dan konsep Sponge City.
Sehubungan itu, terdapat 14 projek di mana dua projek telah siap, empat lagi projek masih dalam pelaksanaan, manakal lapan lagi di peringkat analisa tender.
Terdahulu, sebanyak tujuh projek mitigasi banjir telah siap pada tahun 2022 dan 202 bagi tindakan jangka panjang. Manakala, empat lagi projek sedang dalam perancangan bagi tahun 2025 hingga 2027.
Walau bagaimanapun, kos yang besar menjadi cabaran kepada kerajaan dalam usaha negara menuju belanjawan. -airtimes.my