Home Pertahanan dan Keselamatan 3 anggota pengaman cedera di Selatan Lubnan – UNIFIL

3 anggota pengaman cedera di Selatan Lubnan – UNIFIL

A+A-
Reset

BEIRUT, 19 OGOS – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) mengesahkan 3 anggotanya cedera dalam satu kejadian di Yarine.

Menurutnya, ketiga-tiga anggota terbabit mengalami kecederaan ringan akibat letupan yang berlaku berhampiran kenderaan yang dikendalikan oleh UNIFIL.

“Letupan berlaku di kenderaan yang jelas mempunyai tanda UNIFIL,

“Kesemua anggota yang sedang melakukan rondaan telah selamat kembali ke pangkalan,” kata UNIFIL dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Menurutnya, pihak UNIFIL akan melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

Namun begitu, pihak UNIFIL tidak menyatakan kenegaraan 3 anggota yang tercedera.

“Kami menggesa semua pihak yang terlibat untuk mengelakkan melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan penduduk awam dan anggota pengaman,” tegas UNIFIL.

Pada ketika ini, selatan Lubnan menjadi tumpuan selepas Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan.

Serangan telah dipertingkatkan oleh Hezbollah selepas salah seorang pemimpin tingginya, Fuad Shukr maut dalam satu serangan di Beirut pada 30 Julai lalu.

Israel mendakwa Fuad bertanggungjawab dalam melancarkan serangan terhadap Majdal Shams beberapa hari sebelum itu. Majdal Shams merupakan wilayah Bukit Golan Syria yang diduduki Israel.

Kejadian 27 Julai itu telah mengorbankan 12 kanak-kanak. Namun begitu, Setiausaha Agung Israel, Hassan Nasrallah menafikan dakwaan Tel Aviv berhubung serangan di Majdal Shams. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #UNIFIL #airtimes

Leave a Reply