Home Pertahanan dan Keselamatan 48 pelatih tamat Kursus Asas UTK sertai unit elit PDRM

48 pelatih tamat Kursus Asas UTK sertai unit elit PDRM

by Zaki Salleh

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Berhempas dengan lelah dan keringat sebelum mengecap kepuasan menyarung beret merun pasukan elit PDRM, Unit Tindakhas (UTK).

Bukan sedikit cabaran yang terpaksa ditanggung  48 pelatih untuk melayakkan diri secara rasmi menyertai UTK.

Mereka termasuk lima pegawai ini berjaya menamatkan Kursus Asas Unit Tindakhas (UTK) Siri 1/2024 pdalam Majlis Penganugerahan Beret Merun di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Pada April 2023, seramai 23 pelatih termasuk seorang pegawai berjaya menamatkan latihan UTK.

Berucap dalam majlis tersebut, Komander UTK, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah menzahirkan setinggi tahniah dan bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan pelatih.

Beliau kemudian menyarungkan beret merun UTK kepada operatif baharu.

Hadir sama pada majlis ini ialah Timbalan Komander (Operasi) UTK, ACP Hisham Mahmood; Timbalan Komander (Kepolisan Am) UTK, Superintendan Hairi Samad dan Penolong Komander (Operasi) UTK, Superintendan Mohammad Khairani Khalid.

Kursus Asas Unit Tindakhas (UTK) Siri 1/2024 bermula pada 15 Januari hingga 15 Mac lalu.

Seramai 325 pelatih termasuk pegawai dan anggota polis dari seluruh negara diterima pada pemilihan tersebut.

Daripada jumlah inihanya 190 yang melepasi temuduga sebelum angka tersebut mengecil kepada 83 yang berjaya pada ujian pemilihan kedua.

Bagaimana pun, setelah melalui proses latihan yang pelbagai dan mencabar hanya 48 yang berjaya menamatkan Kursus Asas UTK Siri 1/2024.

Antara bentuk latihan yang dilalui para pelatih dalam kursus ini ialah kemahiran menembak, latihan asas kemahiran tali, asas bertempur pada jarak dekat (CQB) dan asas serbuan bangunan.

Turut dilaksanakan ialah latihah serbuan dalam pelbagai situasi serta lain-lain latihan yang mencabar fizikal dan mental mereka. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Keselamatan #UTK

Related Articles

Leave a Reply