Home Teknologi Pertahanan Malaysia adalah pasaran penting helikopter tentera – Airbus

Malaysia adalah pasaran penting helikopter tentera – Airbus

by Wazien Zamri

KUALA LUMPUR, 6 MEI – Airbus menyatakan kepentingan Malaysia sebagai pasaran utamanya di rantau Asia bagi perniagaan helikopter tentera, sektor pertahanan dan juga angkasa.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Airbus Asia Pasifik, Anand Stanley melalui kenyataannya dalam sidang media di MITEC sempena Pameran DSA & NATSEC 2024, hari ini.

“Malaysia merupakan pangkalan pelanggan utama bagi syarikat Airbus yang mempunyai rangkaian produk pesawat komersial, helikopter, pertahanan dan angkasa,

“Kerjasama Airbus bersama dengan Malaysia sebagai rakan strategik melalui kerjasama yang kukuh dan meluas telah berjaya mendatangkan banyak manfaat kepada industri tempatan,” kata beliau.

Syarikat itu mempunyai matlamat untuk meneguhkan lagi pelaburan dan syer mereka dalam eksosistem tempatan sedia ada. Antara usaha ke arah mencapai sasaran mereka antaranya adalah pelaburan dalam pembangunan simulator penuh penerbangan helikopter yang ketiga di Subang.

Buat masa ini, pangkalan mereka yang berada di Subang telah siap dilengkapi dengan 2 buah simulator penerbangan helikopter iaitu bagi jenis AS365 Dauphin dan juga helikopter H225, manakala simulator ketiga untuk model H175 pula dijadualkan mula beroperasi pada tahun 2026.

Anand Stanley turut menerangkan mengenai keupayaan operasi helikopter model H225M yang mampu melakukan tugas kombat dan boleh melaksanakan pelbagai operasi.

“Model H225M berkeupayaan untuk digerakkan dalam situasi pertempuran bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat semasa perang serta mencari dan menyelamat (CSAR/SAR). Ia juga mampu menjalankan operasi-operasi khas serta sebagai pengangkutan taktikal”,jelas beliau.

Beliau turut menyebut tentang kecemerlangan pengoperasian 12 buah H225M yang dikendalikan oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam aktiviti ketenteraan mahupun bantuan kemanusiaan.-airtimes.my

#AirTimes #Airbus #TeknologiPertahanan #DSA2024

Related Articles

Leave a Reply