Home Pertahanan dan Keselamatan Nahas helikopter TLDM: Insiden yang meruntun jiwa, kehilangan besar buat negara – Anwar Ibrahim

Nahas helikopter TLDM: Insiden yang meruntun jiwa, kehilangan besar buat negara – Anwar Ibrahim

by M.Daim

PUTRAJAYA, 23 APR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan insiden yang menimpa 2 buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa.

“Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara,

“Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa agar diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan kepada mangsa yang terlibat.

“(Saya) Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka,

“Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa di-Sisinya,” katanya.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 2 buah helikopter, Fennec dan AW139 telah terhempas di Lumut, hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 9.32 pagi, kedua-dua helikopter malang itu telah terhempas semasa melaksanakan raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Menurut TLDM, seramai 10 orang anak kapal disahkan terkorban. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply