Home Pertahanan dan Keselamatan Kes tembak Kunak: Suspek dipercayai dari kumpulan dikehendaki oleh ESSCOM

Kes tembak Kunak: Suspek dipercayai dari kumpulan dikehendaki oleh ESSCOM

by M.Daim

TAWAU, 9 APR – Suspek dalam kejadian tembakan yang mencederakan 2 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Kunak baru-baru dipercayai dari kumpulan penjenayah antarabangsa.

Maritim Malaysia menyatakan, ketiga-tiga suspek dalam kejadian tersebut dipercayai dari kumpulan yang berada dalam senarai senarai dikehendaki Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Maritim Malaysia turut percaya kesemua suspek merupakan individu yang terlibat dalam siri rompakan di laut serta berkemungkinan mempunyai jaringan dengan beberapa kumpulan jenayah rentas sempadan,” katanya dalam satu hantaran di akaun media sosial rasmi agensi itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Hamid Mohd Amin menyatakan pihaknya bekerjasama dengan ESSCOM, PDRM dan ATM bagi menjejaki suspek.

“Komuniti maritim dan pelancong tidak perlu khuatir tenteran keselamatan kerana kawasan perairan ESSZON sentiasa dalam jagaan dan pengawasan pasukan keselamatan negara,” katanya.

Pada 7 April lau, 2 anggota Maritim Malaysia telah ditembak semasa mendekati sebuah bot enjin sangkut di perairan Kunak.

Suspek telah melepaskan 4 das tembakan ke arah Bot BANGGI 48 milik Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan pemeriksaan rutin Operasi Khas Pagar Laut.

6 anggota Maritim Malaysia di Bot BANGGI 48 telah membalas tembakan ke arah suspek sebagai tindakan mempertahankan diri dan menahan mereka.

Menurut Maritim Malaysia, suspek kemudiannya melarikan diri dengan memecut laju bot yang sama ke arah sempadan perairan.

Lantaran dari kejadian tersebut, salah seorang anggota Maritim Malaysia, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45 tahun disahkan buta kekal pada mata kiri kerana peluru mengenai saraf mata.

Sementara itu, rakannya, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua-dua belah tangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata pihak polis telah mengenal pasti seorang daripada 3 suspek dalam kejadian tersebut.

Menurut beliau, bot yang ditemui oleh Maritim Malaysia semasa kejadian merupakan bot perompak laut. – airtimes.my

#AirTimes #Keselamatan #MaritimMalaysia

Related Articles

Leave a Reply