Home SemasaGlobal 65 tan peluru musnah dalam satu kebakaran di Indonesia

65 tan peluru musnah dalam satu kebakaran di Indonesia

by M.Daim

JAKARTA, 1 APR –  Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI), Jenderal TNI Agus Subiyanto mengesahkan 65 tan peluru milik pasukan tentera negara itu musnah dalam satu kebakaran di Jawa Barat.

Menurut beliau, peluru-peluru yang musnah dalam kebakaran di sebuah gudang Ciangsana, Bogor adalah terdiri daripada pelbagai jenis kaliber.

“Peluru yang telah luput dihantar dan dikumpulkan di depot ini bagi tujuan pemeriksaan, verifikasi serta urusan-urusan lain sebelum dilupuskan,” katanya seperti dilaporkan dalam beberapa media Indonesia.

Beliau menambah, fasiliti pelupusan peluru adalah terletak di Pameungpeuk, Jawa Barat.

Jelasnya, pihak TNI masih lagi melakukan pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian selepas kebakaran berjaya dipadamkan untuk tempoh 10 jam.

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, sebuah depot simpanan peluru TNI meletup dan menyebabkan kebakaran besar.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran telah dibawa keluar ke tempat selamat.

Pihak bomba dilaporkan menggunakan robot dan cecair pemadam api yang khusus bagi mengawal kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal pada dinihari Ahad, 10 jam selepas letupan berlaku. – airtimes.my

#AirTimes #Indonesia #Global

Related Articles

Leave a Reply