Home Pertahanan dan Keselamatan Kadar pencen ATM: Harap kajian SSPA hasil keputusan positif manfaatkan semua pihak

Kadar pencen ATM: Harap kajian SSPA hasil keputusan positif manfaatkan semua pihak

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) berharap kajian penambahbaikan skim saraan perkhidmatan awam (SSPA) akan menghasilkan keputusan positif yang memanfaatkan semua pihak kelak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kajian SSPA yang turut melibatkan skim perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka dapat dimuktamadkan pada suku kedua tahun ini.

“Kerajaan sedang melaksanakan kajian penambahbaikan SSPA yang turut melibatkan skim perkhidmatan ATM,

“MINDEF akan sentiasa bersedia untuk memberi input kerjasama sekiranya diperlukan dan berharap agar kajian ini akan menghasilkan keputusan positif yang memanfaatkan semua pihak kelak,” jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari Lo Su Fui (Tawau) yang ingin mengetahui adakah pihak Kementerian bercadang untuk menaikkan kadar pencen yang tidak dapat menampung kos sara hidup semakin tinggi terhadap pesara-pesara atau veteran ATM.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, pihaknya sedar mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat dan menekan kehidupan komuniti veteran ATM yang tidak berkemampuan.

Oleh yang demikian, beliau berkata, kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah menyediakan pelbagai bantuan kebajikan dan lain-lain insentif demi mengurangkan beban kewangan yang perlu ditampung oleh veteran ATM. -airtimes.my

#pertahanan #pencen #ATM #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply