Home Pertahanan dan Keselamatan Kadar pencen hilang upaya veteran ATM dinilai semula

Kadar pencen hilang upaya veteran ATM dinilai semula

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang menilai semula kadar pembayaran Faedah Kurang Upaya (FHU) kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, penilaian semula itu dilakukan setelah mendapati FHU yang diguna pakai sekarang telah lapuk dan nilainya tidak sepadan dengan keadaan ekonomi semasa.

“Kementerian secara proaktif telah menyemak kesemua kadar-kadar tersebut dengan mengambil kira semua komponen FHU meliputi Pencen Hilang Upaya; Ganjaran Hilang Upaya; Elaun Pelajaran,

“Ia termasuklah Elaun Layanan Sentiasa, dengan menambahbaik syarat serta penambahbaikkan kadar mengikut formula Time Value of Money,” jelasnya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor [Ketereh] mengenai bilakah Pencen Hilang Upaya ke atas anggota veteran yang cedera semasa bertugas terutama semasa operasi menentang pengganas komunis di zaman darurat akan diselaraskan semula.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, kertas cadangan tersebut telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 24 Okt 2023.

“Kementerian sedang menyediakan draf Memorandum Jemaah Menteri berkaitan cadangan tersebut untuk ulasan Agensi-agensi Pusat sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan kerajaan,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #pencen #veteran #hilangupaya #parlimen

Related Articles

Leave a Reply