Home Pertahanan dan Keselamatan Senapang Mesingan Ikonik, M50 Reising

Senapang Mesingan Ikonik, M50 Reising

by Muaz Rizqi

Submesingan atau mesingan ringan (SMG) adalah senjata api yang menghasilkan tembakan secara automatik dan memberikan kecepatan tembakan tinggi serta berketepatan dalam jarak dekat. Ia juga dihasilkan bagi kesesuaian untuk digunakan dalam pertempuran jarak dekat dan pertempuran dalam bandar. Dengan ciri khas laras pendek dan kemampuan menembak secara automatik, senjata mesingan telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah ketenteraan.

Senapang mesingan M50 Reising telah direka oleh Eugene Reising dan dihasilkan pada sekitar tahun 1940 di Company di Worcester, Massachusetts, Amerika Syarikat. Pengeluaran M50 mula dihasilkan di kilang senjata Harrington & Richardson (H&R).

H&R berjaya menghasilkan sebahagian besar senjata ini dengan jumlah mencapai sekitar 100 ribu unit semasa zaman Perang Dunia II. M50 Reising digunakan secara meluas pada awal tahun 1941.

Ia dibekalkan kepada ke pasukan tentera laut Amerika Syarikat, terutamanya kepada Divisyen Marin Pertama dan Kedua. Senjata itu dihantar kepada pasukan tentera laut Amerika bagi memulakan operasi di kepulauan Solomon di Timur Papua New Guinea.

Pada tahun 1944, senjata itu turut digunakan ketika tentera laut Amerika menyerang Jerman sewaktu Perang Dunia II. U-505 iaitu kapal selam milik Jerman turut ditawan oleh Amerika ketika itu. Filem-filem perang barat juga menunjukkan kelasi Amerika bersenjatakan M50 sehingga menyusuri lorong “Great Britain”.

H&R turut menghasilkan 3 varian bagi senjata itu iaitu M50, M55 dan M60. Varian stok lipat yang dikenali sebagai Reising M55 khas bagi kegunaan pasukan payung terjun dan kru kenderaan berperisai tentera laut Amerika. Bagi jenis M60 pula, ia dihasilkan bagi kegunaan di medan latihan dan juga digunakan oleh pengawal.

Senjata turut mempunyai berkemampuan untuk menembak secara auto pada 550 pusingan seminit.
M50 turut menggunakan saiz peluru yang berkaliber 45 ACP.

Anggaran berat bagi senjata itu ialah 3.1kg, manakala kadar tembakan maksimumnya boleh menjangkau sejauh 300m.

M50 Reising adalah bukti kepada inovasi dan hasil rekaan yang luar biasa dalam perkembangan senjata api pada zaman itu. Ia juga juga memiliki sejarah yang mendalam serta meninggalkan impak yang signifikan dalam dunia senjata api dan konflik ketenteraan serta di kalangan masyarakat global. -airtimes

Related Articles

Leave a Reply