Home Pertahanan dan Keselamatan 20 universiti lahirkan 37,621 Pegawai Kadet PALAPES

20 universiti lahirkan 37,621 Pegawai Kadet PALAPES

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Sebanyak 20 Universiti Awam telah menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di universiti masing-masing.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, PALAPES Darat telah berkembang di 19 Universiti Awam, manakala PALAPES Laut dan PALAPES Udara masing-masing di 11 serta 9 Universiti Awam.

“Sambutan mahasiswa terhadap PALAPES di universiti-universiti ini juga adalah amat menggalakkan,

“PALAPES telah dapat mengekalkan pencapaian kekuatan 50% penyertaan daripada jumlah yang telah diperuntukkan berdasarkan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah (Tahun 2022 – 2030) yang menyasarkan seramai 1,000 orang untuk setiap pengambilan tahunan anggota PALAPES di Universiti Awam,” katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ahli Palrimen Lumut, Komander (Bersara) Nordin Ahmad Ismail TLDM yang memohon penjelasan berkaitan sambutan sedia ada program PALAPES di Universiti Awam serta tahap kerjasama pihak universiti bagi menjayakan penyertaan orang awam dalam Rejimen Askar Wataniah sekaligus menanam semangat cintakan negara dari kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurutnya, sehingga kini, seramai 37,621 anggota PALAPES telah berjaya ditauliahkan sebagai Pegawai Kadet PALAPES melalui pasukan simpanan perkhidmatan masing-masing (Tentera Darat, Laut dan Udara).

Tegasnya, semua Universiti Awam telah memberikan kerjasama yang baik, galakan penyertaan mahasiswa dan menyediakan infrastruktur yang diperlukan kepada program PALAPES.

“Selain itu, semua Universiti Awam tersebut turut mengiktiraf program ini dengan memberi jam kredit dalam pencapaian akademik bermula dari 5 jam kredit sehingga 12 jam kredit untuk tempoh 3 tahun pengajian,

“Bagi rancangan masa hadapan, PALAPES Universiti Awam yang hanya menyediakan satu perkhidmatan sahaja akan diperluaskan kepada 3 perkhidmatan bagi memberi pilihan yang lebih luas kepada mahasiswa untuk memilih sama ada menyertai PALAPES Darat, Laut atau Udara,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#PALAPES #airtimes #kadet #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply