Home Pertahanan dan Keselamatan Senapang Mesingan Kecil, Carl Gustav M/45

Senapang Mesingan Kecil, Carl Gustav M/45

by Muaz Rizqi

Senjata api merupakan salah satu inovasi terpenting dalam sejarah manusia yang telah memberi impak besar dalam bidang ketenteraan, keamanan, dan kebudayaan. Melalui perkembangan senjata api, ia telah bertindak membentuk landskap peperangan dan perubahan sosial di seluruh dunia.

Kulsprutepistol m/45 (Kpist m/45) juga dikenali sebagai M/45 dan Swedish K SMG, ialah senapang mesingan ringan Sweden yang telah dihasilkan oleh Gunnar Johansson. Senjata itu telah diterima pakai pada tahun 1945 dan dikilangkan di Carl Gustafs Stads Gevärsfaktori di Eskilstuna, Sweden.

Senjata yang berasal dari Sweden itu telah dibangunkan semasa peringkat akhir Perang Dunia II. M/45 ialah senapang mesingan ringan tentera Sweden yang digunakan dari tahun 1945 sehingga 1965.

Pada tahun 1945, senjata itu telah menerima gelaran rasmi Carl Gustav M/45 dan segera dikeluarkan bagi pasukan ketenteraan Sweden. M/45 juga turut ditawarkan untuk dijual di pasaran senjata antarabangsa.

Senjata itu juga telah dihasilkan di bawah lesen persenjataan Mesir dan Amerika Syarikat. Kemudian, M/45 telah digantikan dengan senapang serbu atau senapang mesingan kecil yang lebih moden seperti MP5. Namun begitu, kuantiti masih terhad dan kekal dalam perkhidmatan.

M/45 dilengkapi dengan mekanisme tembakan automatik yang membolehkan pasukan Sweden untuk mengendalikan situasi medan tempur dengan efisien. Senjata ini dirancang untuk memberikan kestabilan tembakan yang tinggi dan ketepatan yang baik, menjadikannya pilihan ideal dalam pertempuran jarak dekat.

Reka bentuk yang ringkas dan berat yang ringan membuat senjata itu mudah dikendalikan oleh anggota tentera di pelbagai keadaan persekitaran seperti hutan dan kawasan bandar. Kebolehpercayaan senjata ini menjadi faktor penting dalam kejayaan operasi tentera Sweden di pelbagai konflik, termasuk Perang Dunia II dan operasi keamanan dalam negara.

Pada tahun 1955, pasukan khas tentera laut Amerika Syarikat (Navy SEAL), turut menggunakan senjata tersebut ketika menghadapi konflik ketika Perang Vietnam.

M/45 digunakan oleh Beret Hijau Tentera dari Kumpulan Kajian dan Pemerhatian (SOG) semasa Perang Vietnam sekitar tahun 1959.

Selain digunakan semasa Perang Dunia II, senjata itu juga turut digunakan dalam beberapa konflik iaitu konflik Arab-Israel, krisis Congo, Perang Iraq, Perang Syria, Perang Mali, krisis Lubnan dan banyak lagi.

M/45 ialah senjata automatik sepenuhnya dan mempunyai berat sebanyak 3.9 kg.

Senjata itu juga mempunyai panjang 808mm dengan stok dipanjangkan dan 550mm apabila dilipat.

Kadar tembakan maksimum senjata itu ialah 200m, manakala jarak berkesannya pula menjangkau 100m.

Walaupun kini mungkin sudah digantikan oleh senjata moden yang lebih canggih, warisan Carl Gustav m/45 terus hidup melalui penggunaan dalam kegiatan latihan tentera, koleksi senjata dan dalam memori kolektif. Ia juga sebagai salah satu senjata terunggul yang pernah dihasilkan oleh industri senjata Sweden. -airtimes

Related Articles

Leave a Reply