Kota Bharu, 6 Jan – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan bersama dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan (UPN), dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menahan seramai 238 orang warga asing dalam Ops Kutip yang dijalankan pada awal pagi semalam.
Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan, Nik Akhtarulhaq berkata, pihaknya bertindak atas hasil risikan dari Bahagian Penguatkuasa, JIM Negeri Kelantan dan telah membuat pemeriksaan terhadap warga asing di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.
“Dalam Operasi ini, JIM Kelantan berjaya menahan 3 lelaki warga Pakistan, 3 lelaki warga India, 5 lelaki dan 1 wanita warga Thailand, 13 lelaki warga Nepal, 14 lelaki dan 1 wanita warga Indonesia, 115 lelaki dan 3 wanita serta 4 kanak-kanak warga Myanmar dan 76 lelaki warga Bangladesh,
“Kesemua mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, jelas Nik Akhtarulhaq.
Tambah Nik Akhtarulhaq, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI.
Dalam masa yang sama, JIM Negeri Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat mengenai PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang. -airtimes