Home SemasaGlobal Taiwan kesan 10 belon pengintip dihantar oleh China

Taiwan kesan 10 belon pengintip dihantar oleh China

by M.Daim

TAIPEI, 5 JAN – Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan (MND ROC) melaporkan pihaknya telah mengesan 10 belon pengintip memasuki ruang udara wilayah itu dalam tempoh 4 hari berturut-turut.

Jelasnya, kesemua belon tersebut telah dikesan semenjak 1 Januari lalu.

2 belon telah dikesan terbang merentasi kawasan perairan memisahkan China dan Taiwan. Satu daripadanya telah merentasi ruang udara kawasan pulau.

“4 belon China dikesan melintasi garisan median Selat Taiwan pada 2 Januari,

“3 lagi dikesan pada 3 Januari,” katanya dalam beberapa siri hantaran di akaun media sosial rasmi mereka.

Jelasnya, 3 daripada 4 belon yang dikesan pada 2 Januari lalu telah merentasi ruang udara pulau dan 2 lagi pada 3 Januari.

Sebuah lagi belon dikesan pada 4 Januari tetapi tidak merentasi kawasan darat Taiwan.

Belon China telah ditembak jatuh di ruang udara South Carolona pada tahun 2023.

Belon pengintip China sebelum ini menjadi tumpuan dunia selepas ia ditembak jatuh di ruang udara Amerika Syarikat pada Februari 2023.

Taiwan pada ketika ini mengambil langkah berjaga-jaga kerana akan melaksanakan pilihan raya pada 13 Januari ini. Ini berikutan kemungkinan campur tangan China dalam proses pemilihan tersebut.

Menteri Luar Taiwan hari ini menyatakan pihaknya akan menerbitkan analisis yang membuktikan campur tangan China dalam arena politik di wilayah republik itu.

“Taiwan sedang mengambil langkah untuk menentang campur tangan China dan mendokumentasikan perkara tersebut,

“Analisis akan diterbitkan tidak lama lagi selepas pilihan raya dengan berunding dengan pakar antarabangsa,” tulis Menteri Luar Joseph Wu dalam edisi terbaru The Economist.

Taiwan menganggap mereka sebuah wilayah merdeka. Namun begitu, China melihat sebarang pengisytiharan kemerdekaan oleh Taipei dianggap satu pemberontakan. Ini kerana Beijing menganggap Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply