Home Pertahanan dan Keselamatan Pelarasan pencen: Tindakan kerajaan tunggu keputusan mahkamah adalah salah – Peguam

Pelarasan pencen: Tindakan kerajaan tunggu keputusan mahkamah adalah salah – Peguam

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=HEwz00I5SlQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 7 DIS – Isu berkenaan pelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh diselesaikan di luar mahkamah mengikut perlembangaan walaupun perbicaraan sedang dijalankan.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, Kementerian Pertahanan (MINDEF) atau Menteri Pertahanan masih boleh mengambil dan mendengar nasihat yang lengkap dari Pejabat Peguam Negara serta boleh selesaikan di luar mahkamah.

“Saya memberi saranan kepada Menteri Pertahanan dan kerajaan persekutuan bahawa kes ini boleh diselesaikan di luar mahkamah, boleh ambil nasihat yang lengkap dari Peguam Negara serta teruskan dengan memberi kenyataan-kenyataan yang betul,” katanya kepada Air Times di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin kerajaan berkenaan isu penyelarasan pencen veteran ATM adalah kurang tepat.

“Walaupun perbicaran sedang berjalan atau belum diputuskan dan sebagainya. Ia adalah salah untuk mana-mana pihak, mana-mana pemimpin kerajaan untuk mengatakan tunggu keputusan mahkamah,

“Ia salah tanggapan, walaupun ada pertikaian di mahkamah antara mana-mana pihak dengan kerajaan, kerajaan masih berhak sebagai eksekutif untuk menyelesaikan suatu pertikaian mengikut perlembagaan dan undang-undang,

“Kenyataan (berkenaan isu pelarasan pencen) MINDEF, Menteri Pertahanan atau Timbalan Menteri Pertahanan selama ini tidak begitu tepat,” ujarnya lagi.

“Walaupun perbicaran sedang berjalan atau belum diputuskan dan sebagainya. Ia adalah salah untuk mana-mana pihak, mana-mana pemimpin kerajaan untuk mengatakan tunggu keputusan mahkamah,” Peguam, Haniff Khatri Abdulla. Foto: AirTimes/N.Huda

Mengulas lanjut, beliau berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan kes berhubung pelarasan pencen veteran ATM kepada 5 Februari tahun hadapan.

Haniff Khatri berkata, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan dan budi bicara mahkamah untuk menentukan keputusan berkenaan kes tersebut.

“Kehadiran mereka (veteran) di sini bukan untuk menganggu gugat perbicaraan-perbicaraan lain, mereka juga berada 100 – 200 meter dari mahkamah. Sekurang-kurangnya mereka faham keadilan sedang berjalan,

“Jadi mahkamah membenarkan penangguhan atau tarikh perbicaraan akan datang adalah pada 5 Februari tahun hadapan,

“Setakat ini masih ditetapkan secara zoom dan selepas itu kita serahkan kepada kebijaksanaan serta budi bicarara mahkamah untuk menentukan keputusan yang mungkin akan diberikan pada hari yang sama atau hari lain,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) menuntut 4 perkara asas melibatkan veteran ATM yang dibangkitkan sejak 8 tahun lalu.

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia, Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, Pelarasan ini ada tertulis dalam undang-undang, jadi beliau hanya ingin menuntut hak veteran yang telah lama tertangguh. Foto: Air Times/N.Huda

Empat perkara itu adalah penyelarasan pencen, tempoh perkhidmatan, pengampunan kepada pegawai atau anggota yang dijatuhkan hukuman dan Pencen Hilang Upaya (PHU).

Presidennya, Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, pihaknya hanya ingin menuntut hak mengikut undang-undang demi membantu veteran tentera yang terkesan.

Jelasnya, terdapat tuntutan lain yang merangkumi beberapa perkara dan ia akan dilakukan satu persatu selepas kes pelarasan pencen ini diselesaikan.

Sebahagian veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hadir di perkarangan parkir Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Air Times/N.Huda

Terdahulu, hampir 250 veteran dari pelbagai persatuan hadir ke perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan kepada usaha PSPRM dalam mengetengahkan isu pelarasan pencen golongan ini. -airtimes.my

#pelarasanpencen #veteranATM #MINDEF #pertahanan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply