Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: 1,499 pegawai kadet PALAPES ditauliahkan esok di Universiti Utara Malaysia

#Pertahanan: 1,499 pegawai kadet PALAPES ditauliahkan esok di Universiti Utara Malaysia

by Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 8 September – Seramai 1,499 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) akan ditauliahkan pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam (UA) ke-41 di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah esok.

Mereka mewakili 20 UA di seluruh negara yang mempunyai unit PALAPES sebagai salah satu cabang kokurikulum pasukan beruniform di kampus masing-masing.

Kesemua mereka terdiri daripada pegawai kadet sukarelawan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli berangkat ke istiadat pentauliahan tersebut.

Para pegawai kadet PALAPES ini bakal ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam pasukan simpanan  tentera darat, laut dan udara.

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES merupakan istiadat yang diadakan secara tahunan dan dianjurkan oleh UA mengikut penggiliran.

Bagaimana pun, istiadat tersebut tidak dapat dilaksanakan pada 2020 dan 2021 akibat penularan pandemik Covid-19.

Program PALAPES yang dimulakan pada 1978 merupakan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di UA.

Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memen

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES merupakan istiadat yang diadakan secara tahunan dan dianjurkan oleh universiti awam mengikut penggiliran.

uhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan UA untuk membentuk kualiti graduan yang sempurna.

Ramai dalam kalangan lepas graduan PALAPES menyertai pasukan tetap termasuk agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia.

Menerusi program PALAPES telah berjaya melahirkan pemimpin dan tokoh antaranya

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Begitu juga Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dan Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof, Dr Tajul Suhaizam Said.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula merupakan graduan Palapes TLDM dari Universiti Sains Malaysia manakala Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (Universiti Teknologi Malaysia). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply