Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Tentera 26 negara selesai laksana latihan pasukan pengaman di Port Dickson

#Pertahanan: Tentera 26 negara selesai laksana latihan pasukan pengaman di Port Dickson

by M.Daim

PORT DICKSON, 28 OGOS –  Tentera dari 26 buah negara telah selesai melaksanakan latihan pengaman selama 13 hari.

Multinational Peacekeeping Exercise 2023 (MPE 23)/E ksesais Keris Aman II yang berlangsung semenjak 13 Ogos lalu merupakan merupakan kolaborasi bersama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) di bawah Program Global Peace Operations Initiative (GPOI), Amerika Syarikat.

Markas Angkatan Bersama (MkAB) dalam satu kenyataan berkata, MPE 23/Eks KERIS AMAN II adalah berkonsepkan latihan United Nation Peacekeeping Operations (UN PKO) atau Operasi Pengaman melibatkan penyertaan dari 26 buah negara dengan kehadiran seramai 849 peserta.

“Eksesais ini dianjurkan dengan tujuan melatih anggota tentera dari pelbagai negara bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam misi pengaman di seluruh dunia,

“Selain itu, eksesais ini turut meningkatkan kerjasama operasi pelbagai negara (multinational operations) melibatkan negara serantau dan antarabangsa,

“Eksesais ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesiagaan dan kemahiran anggota Kontinjen Malaysia MALBATT 850-11 yang akan melaksanakan misi pengaman di Selatan Lubnan pada bulan Oktober 2023,” kata kenyataan itu.

Majlis penutup eksesais telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Fazal Abdul Rahman, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama pada 26 Ogos 2023 lalu di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Antara latihan yang dilaksanakan adalah Field Training Event (FTE), Staff Training Event (STE) dan Critical Enabler Capability Enhancement (2CE) yang dilaksanakan secara serentak di lokasi yang berbeza.

“Latihan FTE atau latihan medan melibatkan seramai 303 peserta yang terdiri daripada 2 platun Malaysia dan 8 platun dari negara luar iaitu Amerika Syarikat, Bangladesh, Fiji, Indonesia, Mongolia, Nepal, Sri Lanka dan Uruguay,” kata kenyataan itu.

Mejar Jeneral Fazal Abdul Rahman, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama; dan Michael Larmas Smith, Director of the Office of Global Programs and Initiatives hadir ke Majlis Penutup MPE 23/Eks KERIS AMAN II

Jelas MkAB, objektif latihan medan ini adalah untuk melatih setiap peserta menguasai dan memahami aspek pelaksanaan mandat, penguatkuasaan, pengendalian ketenteraman awam, bantuan kemanusiaan dan kesihatan.

“Latihan medan ini meliputi enam jenis latihan atau lanes training dalam operasi pengaman iaitu Road Checkpoint, Foot Patrol, Convoy & Escort, Cordon & Search, United Nations Designated Site dan Extraction/Evacuation,” katanya.

Sementara itu, modul Peacekeeping Operations merangkumi Planning, Operations, Logistics dan Civil Military Coordination (CIMIC) dilaksanakan di bawah latihan STE.

Kesemua modul ini dilaksanakan secara taklimat berpusat (centralized lectures) dan latihan staf (staff exercise) diikuti dengan perbincangan dan penyelesaian permasalahan atau isu yang sering berlaku di kawasan misi secara berkumpulan.

“Latihan STE melibatkan seramai 87 peserta terdiri dari 12 buah negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Bangladesh, Brunei, Fiji, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Mongolia, Nepal dan Singapura,” kata MkAB dalam kenyataan itu,

Sementara itu, 195 peserta yang terdiri dari lapan buah negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Indonesia, Thailand dan Jepun terlibat dalam latihan 2CE.

Latihan ini melibatkan modul Military Peacekeeping Intelligence (MPKI) Course, Medical, Negotiation & Mediation, Explosive Ordnance Disposal/Counter-Improvised Explosive Device (EOD/C-IED) dan Women Peace & Security (WPS)/Gender Advisor – Gender Protection Programme (GPP). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply