Home Pertahanan dan Keselamatan #Keselamatan: Bawa kelopak senjata, veteran Navy Seal ditahan di KLIA

#Keselamatan: Bawa kelopak senjata, veteran Navy Seal ditahan di KLIA

by M.Daim

KUALA LUMPUR , 1 JUL – Seorang warga Amerika Syarikat telah ditahan oleh pihak berkuasa kerajaan Malaysia kerana didapati membawa kelopak senjata api.

Ryan Bates, 43 tahun merupakan bekas anggota pasukan khusus US Navy Seals.

Warga AS terbabit telah ditahan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Khamis lalu.

“Ryan ditahan kerana membawa kelopak senjata api yang kosong dan kelengkapan ketenteraan,” lapor The National Desk yang memetik siaran video veteran US Navy Seals di akaun media sosial beliau.

Menurut laporan itu, Ryan berada di Malaysia bagi tujuan penggambaran dokumentari salah satu pasukan khusus tanah air.

Tinjauan Air Times mendapati video yang didakwa disiarkan oleh Ryan telah pun dipadam dari akaun media sosial beliau.

Air Times kini sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply