Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Pasukan Khas ATM gempur pelantar minyak tangani ancaman

#Pertahanan: Pasukan Khas ATM gempur pelantar minyak tangani ancaman

by Nurulhuda

KUALA TERENGGANU, 22 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan Eksesais Jerung Emas Siri 69/2023 (EJE 69/23) di luar pesisir pantai Terengganu pada 13 sehingga 20 Jun lalu.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, eksesais bersama PETRONAS ini melibatkan seramai 121 peserta ATM dan 124 peserta PETRONAS.

Menurut MK AB, eksesais berkenaan bertemakan latihan dalam menangani krisis keganasan menerusi operasi khas secara bersama bagi menyelamatkan pelantar minyak yang berdepan dengan ancaman.

Tambahnya, ia dilaksanakan dalam bentuk Field Training Exercise (FTX), dengan konsep pelaksanaan serbuan serta menyelamat tebusan oleh Pasukan Penggempur ATM iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL), Gerup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

“Dari aspek kawalan dan prosedur pula, eksesais ini bertujuan untuk menguji Emergency Respond Plan (ERP) operator pelantar minyak iaitu Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan tindak balas agensi kerajaan berkaitan selaras dengan Arahan MKN No. 18,” jelas hantaran itu.

Upacara Penutup EJE 69/23 telah dilaksanakan pada 20 Jun 23 di Pelantar Dulang B yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf J3, Mejar Jeneral Nur Hafis Abd Karim TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM serta PETRONAS. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply