Home Pertahanan dan Keselamatan STRIDE, sekolah cungkil bakat baru terajui bidang sains dan teknologi

STRIDE, sekolah cungkil bakat baru terajui bidang sains dan teknologi

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=0cLQtU4LeRk[/embedyt]

 

LANGKAWI, 24 Mei – Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini memperkenalkan serta menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang Sains dan Tekonologi termasuk aktiviti penyelidikan pertahanan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, MINDEF menyokong sepenuhnya dan sentiasa memberi galakan kepada STRIDE untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dalam menceburkan diri melalui bidang ini.

“Kita (MINDEF) tahu, di STRIDE, kita mempunyai ramai saintis yang telibat dalam penyelidikan pertahanan ini,

“Kami yakin, untuk meneruskan agenda Kerajaan Madani, kita amat memerlukan satu program pembudayaan terutamanya para pelajar,

“Iya merupakan aspek penting kerana kalau Malaysia mahu kehadapan, pembudayaan ini mesti dimulakan di peringat sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pertahanan di Sekolah di, Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC), hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program ini juga dapat menarik minat seterusnya menggalakkan para pelajar memilih aliran sains di peringkat menengah dan universiti.

“Selain itu, ia juga dapat mencungkil dan memupuk bakat pelajar-pelajar sekolah di dalam R&D pertahanan dan menyokong dasar STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang dilaksanakan di sekolah,

“Dan dapat meningkatkan kemahiran komunikai dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek,” jelasnya lagi.

Menurutnya, Program Membudayakan R&D Pertahanan ini akan dilaksanakan secara berterusan melalui 2 aktiviti iaitu Cakna Sains dan Teknologi (S7T) Pertahanan. Program ini dilaksanakan di mana, para penyelidik STRIDE akan mengadakan kunjungan ke sekolah-sekolah terpilih bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan.

Manakala, aktiviti kedua pula ialah Pertandingan Inovasi Pertahanan bertemakan ‘Future Soldier’ atau Tentera Masa Hadapan.

Tambahnya, pertandingan peringkat kebangsaan ini dibuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara dan bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menghasilkan projek inovasi yang berimpak tinggi.

“Pertandingan ini akan dibuka bermula hari ini dan Majlis Penutup akan diadakan pada November 2023,

“Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dari portal rasmi STRIDE,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa pemain industri termasuk dibawah MINDEF yang sudi menaja program ini.

“Kita tahu bahawa dengan sokongan dari industri dan agensi-agensi di bawah MINDEF dapat mencungkil lebih banyak bakat dalam industri pertahanan ini,

“Dan jumlah keseluruhan sumbangan dari pemain industri ini dianggarkan sebanyak RM108,000 “ tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply