Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 2 PATI warga Myanmar

APMM tahan 2 PATI warga Myanmar

by Muaz Rizqi

GEORGETOWN, 12 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang telah mengesan dan menahan 2 orang pekerja sebuah sangkar Ikan sekitar 0.2 batu nautika tenggara Pulau Jerejak pada pukul 6.00 petang, kelmarin.

Pengarah APMM Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, penahanan berkenaan dilakukan oleh pasukan APMM ketika sedang melaksanakan rondaan Op Pertiwi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, 2 pekerja warga Myanmar bekerja di atas sebuah sangkar ikan terbabit dan hasil pemeriksaaan mendapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri serta permit yang sah,

“Kedua-dua pekerja terbabit berumur 29 dan 36 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki Malaysia tanpa permit atau pas yang sah,” ujar beliau.

Abd Razak berkata kedua-dua pekerja terbabit ditahan dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply