Home SemasaGlobal Ketegangan Laut China Selatan ancam kestabilan IndoPasifik dan global

Ketegangan Laut China Selatan ancam kestabilan IndoPasifik dan global

by M.Daim

CANBERRA, 25 April – Tindakan Beijing yang cuba menuntut sebahagian besar kawasan Laut China Selatan sebagai wilayahnya merupakan satu ancaman besar terhadap kestabilan global.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Australia dalam laporan National Defence – Defence Strategic Revier yang dikeluarkan baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan China turut menggugat kepentingan Australia dan negara kuasa besar Asia itu turut terlibat dalam persaingan strategik di rantau ini.

“Pembangunan ketenteraan China kini merupakan yang terbesar dan paling bercita-cita tinggi daripada mana-mana negara sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua,

“Ini berlaku seiring dengan pembangunan ekonomi yang signifikan, memberi manfaat kepada banyak negara di kawasan Indo-Pasifik, termasuk Australia,” kata laporan kerajaan negara itu.

Tambahnya, pembangunan ketenteraan oleh negara kuasa besar Asia itu “berlaku tanpa ketelusan atau jaminan kepada kawasan Indo-Pasifik mengenai niat strategik China”.

Australia mahu pertingkatkan keupayaan tentera mereka untuk bertindak balas dengan cepat terutamanya di kawasan utara negara itu. Foto: Kementerian Pertahanan Australia.

Laporan setebal 114 muka surat itu telah dilancarkan oleh kerajaan Australia, semalam.

Dalam laporan tersebut, Canberra menyatakan hasrat untuk mempertingkatkan keupayaan industri pertahanan mereka.

Selain daripada itu, Australia merombak semula matlamat pasukan tentera mereka disamping mempertingkatkan keupayaan tempur.

“Laporan ini jelas menyatakan bahawa kita tidak boleh membuang masa dalam aspek perolehan keupayaan pertahanan yang kritikal,

“Kerajaan bertekad untuk melakukan reformasi dan proses perolehan keupayaan pertahanan,

“Ini memastikan angkatan pertahanan kita mempunyai kemampuan yang diperlukan dan dilakukan dengan lebih cepat,” kata Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles dalam satu kenyataan.

Laporan itu turut menyatakan Australia perlu mempertingkatkan keupayaan mereka di kawasan utara negara itu.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply