Home SemasaGlobal Korea Utara lancar 2 peluru berpandu kruis dari kapal selam

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu kruis dari kapal selam

by M.Daim

PYONGYANG, 13 Mac – Kerajaan Korea Utara hari ini menyatakan pihaknya telah melancarkan latihan penembakan 2 peluru berpandu kruis.

Menurut Pyongyang, kapal selam merupakan komponen penting dalam keupayaan cegah rintang nuklear yang dilaksanakan oleh negara itu.

“Pelancaran 2 peluru berpandu ini mempamerkan kemampuan pasukan kapal selam untuk menyerang sasaran di darat,” kata lidah rasmi Korea Utara, KCNA.

Menurutnya, penembakan misil strategik yang dilakukan pada 12 Mac turut mengesahkan keupayaan sistem persenjataan dan angkatan kapal selam negara itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply